Friday 27 January 2012

PESANAN UNTUK SI DIA :)

t0long beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya .
t0long beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNya .
t0long beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa .

t0long nasihati si dia , jangan menyintai aku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa .
t0long nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa .
t0long nasihati si dia , jangan mend0akanku dari dia mend0akan ibu bapanya .

t0long katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga .
t0long katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya .

t0long ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan rupa .
t0long ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta .
t0long ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya .

t0long tegur si dia , bila dia mula mengagungkan cinta manusia .
t0long tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan angannya .
t0long tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya .

t0long sedarkan si dia , aku milik Yang Maha Esa .
t0long sedarkan si dia , aku masih milik keluarga .
t0long sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya .

t0long sabarkan si dia , usah cinta di kala cita-cita belum terlaksana .
t0long sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta .
t0long sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya .

t0long pesan padanya . aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya .
t0long pesan padanya . aku tak mahu menjadi punca kegagalannya .
t0long pesan padanya . aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya .

t0long khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia .
t0long khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya .
t0long khabarkan pada si dia , jadilah peny0kong dalam kejayaanku .

t0long sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga .
t0long sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya .
t0long sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Esa .
t0long sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri . .

[: ** hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia . m0ga perasaanku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dia dan dimana si dia . moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya . simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti ** :]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...